Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, July 7, 2009

Berkunjung ke Rembau



Syukur AlhamduliLlah, Usratika telah berjaya menyempurnakan undangan Majlis Belia Negeri Sembilan untuk memeriahkan Malam Perhimpunan Belia sempena Hari Belia 2009 Peringkat Negeri Sembilan pada 21 Jun 2009 lalu di Rembau. Yus, Rashdan, Syaznie, Ustaz Hakim dan Haizlil telah berkesempatan melihat kedamaian Rembau, di samping mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan masyarakat setempat yang hadir.

Berkunjung ke Rembau




Pada majlis tersebut, Usratika sangat berbesar hati kerana telah bersama-sama berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi generasi baru seperti Amylea daripada Akademi Fantasia 3 dan Rizu daripada One in A Million. Kami juga sangat gembira dapat beramah mesra dengan pengacara majlis, pelakon masyur, Saudara Ebby Yus ( terkenang pula siri Pendekar, huhu ! )

Friday, June 19, 2009

Pentas Kita, Karya Kita


Aku dimaklumkan oleh Lantera Jiwa tentang program Pentas kita, Karya Kita.Kalau sesiapa yang nak persembahkan segala bakat terpendam boleh lah jenguk blog Lantera Jiwa.



Sunday, June 7, 2009

Malam Seni Rakyat





Nak tahu lanjut :

MASUK ADALAH PERCUMA!!


Monday, June 1, 2009

Usratika di Jalan Kebun, Klang

Pada hari Sabtu yang lepas (30hb Mei 2009) Usratika telah membuat persembahan di Sukan Belian dan Kebudayaan di Jalan Kebun, Klang. Turut memeriahkan persembahan itu juga kumpulan Al-Farobi dan One New Generation.

Persembahan kali ini agak berlainan sedikit kerana pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang persembahan itu. Ketika kami sedang membuat persembahan beberapa kali lampu terpadam. Mungkin disebabkan litar pintas. Teta[i itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan persembahan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Thursday, May 28, 2009

Mengharung Zaman 2009 - gubahan baru kepada lagu lama!


Lagu Mengharung Zaman kini telah digubah semula oleh Usratika , dengan memberikan sentuhan baru dan music arrangements yang lebih baik...dengan ini, semua album Usratika akan mengandungi track lagu Mengharung Zaman yang baru...terima kasih kepada Abg Taha dari Grido Studio , Kelana Jaya kerana memberikan bantuan dan khidmat professional untuk menjadikan Mengharung Zaman 2009 satu lagu dengan dimensi baru!

Monday, May 25, 2009

Usratika di Raintree Club, Ampang

Pada Sabtu yang lepas 23hb Mei 2009 Usratika telah di jemput memeriahkan lagi majlis malam kesenian Graduasi Pelajar Jurusan Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Usratika membawakan 3 buah lagu. Di samping itu turut bersama dijemput ialah Pak Samad Said dalam majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada penganjur atas jemputan.

Wednesday, May 13, 2009

Nasyid itu muzik, muzik itu nasyid?

Muzik yang merentasi sempadan.ada orang kata aku ni tidak berapa mesra dengan irama nasyid.





kemaskini

Mulai dari hari ini, aku akan cuba memastikan blog ini sentiasa di kemaskini..hohohoho..Apa pun, cuba nikmati klip video ini.









Friday, February 6, 2009

Usratika di UNISEL

Friday, January 16, 2009

Konsert Terakhir Butterfingers




Konsert mereka di istana Budaya merupakan konsert yang terakhir buat tahun ini kerana Emmet akan berangkat ke Kanada atas urusan kerja bersama keluarganya manakala Loque pula akan kembali ke Boston untuk menghabiskan sesi pengajian Master.




Wednesday, December 24, 2008

Mengubah Dunia dengan Muzik

Usratika terus cuba mengubah dunia ini menerusi muzik-muzik dan mesejnya yang diperjuangkan.Pada 23 Disember 2008 bertempat di City Villa Hotel, Kampung Baru, Usratika telah memenuhi undangan untuk memeriahkan majlis makan malam gabungan pertubuhan-pertubuhan amal Islam ( NGO) yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Pejabat Mufti WPKL dan bernaung di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Dr. Zahid Hamidi.

Pada kali ini, Usratika telah menampilkan kesemua ahlinya yang terdiri daripada Yus, Malie, Medan, Hj. Ryzal, Ust.Hakim, Syazni dan Che Din. Usratika telah mendendangkan 3 lagu mereka, iaitu Sampaikanlah, Hanya Seorang Musafir dan Mengharung Zaman. Istimewa buat kali ini, lagu Sampaikanlah telah disampaikan secara berkumpulan dan paduan suara oleh semua ahli Usratika, sekadar mewujudkan kelainan.

Usratika telah berbesar hati mendapat pelbagai komen dan kritikan membina daripada sekelian hadirin yang hadir.

Thursday, October 23, 2008

Usratika Memeriahkan Rumah Terbuka ABIM 2008


17 Oktober 2008, Usratika telah dijemput mengadakan persembahan di Rumah Terbuka ABIM Sempena Sambutan Aidil Fitri di Dewan Seminar, Kompleks Anjung Rahmat. Penampilan Usratika pada kali ini telah melibatkan angota-anggotanya seperti Yus (vokal utama), Medan ( gitar utama), Rizal ( bass), Ust Hakim, Najmuddin dan Syazni ( percussions)


Usratika dalam persembahannya pada kali ini telah mendendangkan 4 buah lagu, dua daripadanya merupakan lagu-lagu bertema Hari Raya iaitu Ramadhan & Syawal ( penyanyi asal Ramli Sarip ) dan Salam Dunia ( M.Nasir). Selain daripada itu, Usratika juga mendendangkan dua buah lagu daripada albumnya, iaitu Hanya Seorang Musafir dan Sampaikanlah.

Friday, August 15, 2008

Biar Jiwa Bicara dan Lagu Mengirinya..

Kekalutan politik yang semakin pelik dan jelik setiap hari.Ada klip video yang saya rasakan boleh ditenung fikir liriknya.

Chrisye merupakan seorang penyanyi profilik Indonesia.Beliau meninggal dunia pada tahun 2007.






Jika Surga Dan Neraka Tidak Pernah Ada

Tuesday, August 12, 2008

Radio Malaya?


Jalan sesak dengan kereta.Biasalah..waktu balik kerja memang macamni.Aku dalam perjalanan menuju ke Jalan Duta untuk mengambil Isteri.Dalam perjalanan, aku bertukar-tukar siaran radio :





Friday, August 1, 2008

Malam Pesta Jiwa

Aku dapat dari blog Lantera Jiwa mengenai Malam Pesta Jiwa



Tarikh :
22 Ogos 2008 / 20 Syaaban 1429H / Jumaat

Masa :
9.00 malam

Tempat :
Rumah Yayasan Kesenian Perak (YKP)
No. 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan,
31400 Ipoh, Perak.

Masuk :
Percuma



* maklumat lanjut sila ke

Lantera Jiwa

Thursday, July 31, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham S Othman Kelantan


Negara telah dikejutkan dengan pemergian S Othman Kelantan malam tadi akibat serangan jantung.Al-Fatihah.




Wednesday, July 30, 2008

Selamat Hari Lahir Pak Arena


Hari ini merupakan hari kelahiran seorang penulis yang bernama Muhammad Dahlan bin Abdul Biang yang ke 83 tahun.Tokoh penulisan yang bagi aku antara yang berkaliber dalam penulisan novel. Semoga Allah merahmati dirinya dan usaha-usaha penulisannya.



Tuesday, July 22, 2008

Melihat Kesenian Alam di Bukit Tabuh

Krew Serambi Maya mengajak aku untuk mendaki bukit pada 20 Julai lepas.Suhail 'sms' pada aku hari Rabu sebelumnya.Aku menganggap aktiviti mendaki bukit ini seperti kebanyakan bukit lain yang aku daki (Hutan Frim, Gunung lambak,Gunung Ledang, Gunung Angsi, Kuala Selangor ).Jadi aku terus menyatakan persetujuan aku untuk ikut 'projek' ni.Dah lama tak panjat bukit.

Pendakian awal yang agak senang sampailah ada beberapa tempat yang aku anggap bukan mendaki lagi.Dah macam 'rock climbing' pun ada.Hehehe..kesian aku tengok ada kawan aku ni.Aku agak dia tak pernah panjat bukit kot.Kami semua terpaksa melambatkan perjalanan bagi memudahkan dia.Biasalah, bila semangat luntur, nak berjalan pun rasa takbersemangat.Apa-apa pun, memang seronok panjat-memanjat ni.


Pemandangan bukit dari 'highway'

Hehe

Grup Maybank yang tangkap gambar

Memanjat

UIA

Baru nak naik

Kawan baru..

Melambai-lambai

Rehat sekejap!


Jalan ke atas



Pemandangan kawasan tadahan hujan Melawati